Wednesday 26 September 2018

PUDING ROTI SPECIAL! Why..?

September 26, 2018 0 Comments
PUDING ROTI SPECIAL! Why..?


Assalamualaikum. Hai sahabat sekalian. 
Harini Yaya nak share kan resipi puding roti special. Why special..? 
.
.
Sebabbb..
.
.
Puding ni Yaya gunakan Extra Whip Whipping Cream.. hurmmm sedapp kan 😋 Kebiasaannya orang akan guna susu segar atau susu cair. 
.
Ok, ini dia cream yang Yaya gunakan untuk buat puding roti tu. Ia rasa lemak-lemak begitu, memang sedap laa 👍👍👍

Image result for extra whipped cream anchor


Bahan-Bahan

BAHAN A
8pcs roti gardenia
sedikit butter utk sapu roti

BAHAN B
500g extra whip whipping cream
1tbsp tepung jagung
2tbsp gula
1tsp esen vanila (pilihan)

BAHAN C
kismis
coklat chip

BAHAN D
*sos kustard
3/4 tin susu pekat
1/4 air (sukatan tin susu)
1tbsp tepung kustard (bancuh dgn sedikit air)
secubit garam
esen vanila (pilihan)


Cara-cara
  1. kacau bahan B sehingga sebati dan ketepikan. 
  2. sapu roti dgn butter kemudian atur atas loyang (Yaya potong roti jadi 4 kepingan kecil).
  3. sesudah atur roti, siramkan bahan B tadi ke dalam loyang dan tabur kismis + coklat chip (bahan C). biarkan roti sedikit kembang kemudian masukkan dalam oven selama 30minit, suhu 150°c (ini bergantung pada oven masing2).
  4. manakala, untuk sos kustard pula campurkan kesemua bahan D kedalam periuk dan kacau dengan api perlahan.
  5. Agak2 dah pekat sikit boleh matikn api. siapp!

Thursday 9 August 2018

MOZZARELLA CHEESE BREAD with BEEF

August 09, 2018 0 Comments
Hai, assalamualaikum semua.
.
Bulan lepas Yaya pernah kongsikan resipi KEK PISANG VIRAL
.
So, harini Yaya akan kongsikan resipi roti pulak. Roti ni bukan sebarangan roti, 🍞 roti mahal okay 😋 roti ber'based'kan GARDENIA! tapi topping penuh dengan Mozzarella. Aummm sedapnya 😍😍
.
MOZZARELLA CHEESE BREAD with BEEF!
.
Resipi simple je, okay jom follow resipi bawah ni 👇


Bahan utama


Bahan-bahan

12 keping roti Gardenia
4 biji telur
1 ½ cawan susu UHT full cream (Yaya guna Whipping Cream Anchor)
1 biji bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - diketuk potong halus
1 paket daging kisar 
2 biji kentang - dipotong dadu
1 biji cili besar - dipotong halus
2 sudu besar serbuk kari/ kurma
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Mozzarella cheese 


Cara-cara


Mula-mula masak inti dahulu
  1. Panaskan kuali, tuang minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga keperangan.
  2. Kemudian masukkan daging kisar, goreng hingga masak dan hancur-hancurkan daging jadi ketulan-ketulan kecil.
  3. Masukkan serbuk kari daging/ kurma dan kentang, gaul rata keseluruhannya hingga kentang masak
  4. Setelah kentang hampir masak, masukkan pula cili. Kacau rata 
  5. Rasakan dengan garam secukup rasa. Tutup api dan biarkan sejuk seketika.

Proses lapisan roti dan daging
  1. Sediakan loyang, sapukan keseluruhan loyang dengan butter.
  2. Pukul telur, susu/ whipping cream dan secubit garam hingga sebati.
  3. Celupkan roti ke dalam campuran telur dan susu tadi, kemudian susun ke dalam loyang. 
  4. Taburkan inti daging di atas lapisan roti.
  5. Celup lagi roti dan ulang proses yang sama hingga ke lapisan akhir. 
  6. Pada lapisan akhir, tuang kesemua baki telur dan susu di atas roti.
  7. Tutup lapisan atas dengan mozzarella dan cheddar (jika suka). 
  8. Bakar pada suhu 180°C selama 40minit (Suhu bergantung pada oven masing-masing, ia berbeza untuk setiap jenis oven).
  9. Setelah masak, anda boleh hidangkan bersama cili sos dan mayonnaise! Tadaaa..
Mozzarella Cheese Bread yang hampir habis dimakan

Thursday 19 July 2018

KEK PISANG VIRAL for Today!

July 19, 2018 0 Comments
Assalamualaikum.

Hai everyone! Harini Yaya nak kongsikan resipi KEK PISANG VIRAL! 
.
Kita guna bahan yg simple je okay 👌😃
Sebab malas nak pergi kedai. Kita guna bahan yg ada dekat rumah je senang 😄👍👍👍
.
Kisahnya semalam Yaya dapat 3 sisir pisang berangan FREE, tuan kedai bagi. So, harini kita jadikanlah ia kek 😂
.
Maka inilah hasilnya 😍

Kek Pisang Viral

Macam mana, ada yg terliur tak? Hehe 😅
.
Walaupun rupa tak seberapa, tapi die umphhhh 😋
.
Okay, ni dia Yaya sharekan resipi Kek Pisang Viral
.
Kawan-kawan just klik je Kek Pisang Viral yang bertanda biru tu. SELAMAT MENCUBA! 😉

Sunday 15 July 2018

Butter VS Margarine

July 15, 2018 1 Comments
Hai sahabat sekalian..
Untuk topic hari ni, Yaya nak share benda basic tentang butter dan margarine. Erti kata lain, melayunya ialah mentega dan marjerin. Hehe. Jangan tak percaya ramai lagi yang tak aware pasal ni.
Setuju..?
Pasti ramai yang ingat mentega dan marjerin ni tak ada bezakan? Masa mula mula baking dulu, Yaya pun macam kalian, fail nak bezakan mentega dan marjerin. Hehehe. Sebabnya ada yang cakap dua bahan ni tak ada beza pun. Ada yang cakap kalau mentega habis, pakai je marjerin dan likewise. Anda rasa benda ni akan effect tak hasil brownies anda nanti?

Haaa..

Jawapannya, MESTILAH.. 
Sebabnya mentega dan marjerin adalah dua benda yang berbeza. Anda boleh lihat perbezaannya seperti di bawah 👇👇👇👇👇


MENTEGA

✅ Mentega atau butter pulak diperbuat dari lemak susu haiwan yang diproses dengan bahan tambahan lainnya macam air, garam, dan susu.
Aroma mentega ni lebih wangi dan menyelerakan. Warna mentega kuning pucat dan mudah meleleh.
Mentega dijual dalam bungkusan kertas aluminium dan boleh didapati di bahagian bahan makanan yang sejuk di layan diri dimana-mana pasar raya atau kedai kek.
✅ Mentega lebih mudah meleleh semasa dipanaskan daripada marjerin.

MARJERIN

✅ Marjerin dibuat dari lemak sayuran dan dicampur dengan bahan-bahan lain. 
✅ Tekstur lebih padat/keras, warna kuning terang, tak mudah meleleh.  
✅ Biasanya dijual dalam bungkusan mangkuk plastik atau bungkusan plastik.
Mentega dijual dalam bungkusan kertas aluminium dan boleh didapati di bahagian bahan makanan yang sejuk di layan diri dimana-mana pasar raya atau kedai kek.
✅ Kalau kita panaskan, marjerin akan cair dan berubah menjadi minyak berwarna kuning tua dengan sedikit mendapan. Kalau dikacau, margarin akan mudah lembik. 

Thursday 12 July 2018

Pengenalan TEKSTUR BROWNIES

July 12, 2018 0 Comments
Asasnya, terdapat 4 jenis tekstur yang dimiliki oleh brownies, iaitu sama ada seperti cake (cakey), padat (fudgy), liat (chewy) atau sedikit berderai (crumbly). 

Tapi, dekat sini Yaya cuma nak fokuskan kepada 2 jenis tekstur sahaja. Selebihnya anda boleh google okay 😉😃
Perbezaan inilah yang menjadikan sesebuah brownies itu sangat unik dan tersendiri, bergantung kepada selera masing-masing. Ia juga mempunyai beberapa cara membuatnya seperti mengukus atau membakar.
Fudgy brownies mempunyai nisbah lemak, tepung yang lebih tinggi berbanding cakey. Bermaksud brownies jenis fudgy mempunyai jumlah lemak dari mentega yang tinggi dan coklat yang digunakan untuk menghasilkan tekstur yang padat serta warna yang lebih gelap disebabkan oleh coklat yang ditambah dari jumlah yang biasa. Ini akan menyebabkan masa memasak akan bertambah sedikit berbanding cakey brownies. Berdasarkan pengalaman saya, fudgy brownies mengambil masa 35 – 45 minit untuk masak dengan suhu 160° – 180° Celcius.


Manakala bagi cakey brownies, teksturnya kurang padat berbanding fudgy dan lebih ringan kerana mempunyai kandungan tepung yang lebih tinggi dan bergantung kepada serbuk baking sebagai bahan penaik. Selain dari masa memasak yang lebih singkat (30 minit), tekstur cakey brownies lebih ringan. Tekstur yang boleh digambarkan adalah produk tersebut masih digelar brownies, masih padat cuma akan ada ruang yang kecil kerana kurang lemak dan coklat.
Okay, hopefully anda jelas yer 💗

RAHSIA Untuk Mendapatkan Brownies Sempurna

July 12, 2018 0 Comments
Pasti ramai tertanya-tanya akan RAHSIA ini kan..

Dekat sini Yaya nak kongsikan 2 RAHSIA utama untuk mendapatkan brownies sempurna, antaranya ialah:-

  1. Rahsia daripada segi pemilihan bahan; dan
  2. Teknik pemukulan brownies.



RAHSIA 1: PEMILIHAN BAHAN


🍳 Telur - Gunakan telur gred A atau AA untuk hasilkan brownies yang sedap

🌰 Serbuk Koko - Gunakan serbuk koko yang halus, elakkan sama sekali serbuk koko yang kasar

🍠 Butter - Gunakan jenis pure butter sahaja. Percayalah brownies anda akan jadi lebih sedap! 


RAHSIA 2: TEKNIK PUKULAN BROWNIES

JANGAN pukul terlalu kuat. Overbeat akan membuatkan adunan anda ‘penat' Secara tidak langsung, brownies tidak akan menjadi. 

JANGAN  membiarkan adunan yang telah sebati terlalu lama diluar sebelum membakar, ini akan mengurangkan kualitinya. Cara yang terbaik adalah bake terus sebaik selesai mengadun.

Pesan saya belajar cara mengadun yang betul untuk hasil yang terbaik 👍

.
.
SELAMAT MENCUBA 😉







Apa itu BROWNIES

July 12, 2018 0 Comments
BROWNIES..

Tentu anda pernah mendengar tentang brownies kan iaitu sejenis kek coklat yang padat dan berasal dari Amerika..
.
.
Nama brownies diberikan kerana warnanya yang keperangan dan gelap. Bahan pentingnya ialah coklat masakan ataupun serbuk koko. 
.
.
Di Amerika ada yang mengkelaskan brownies sebagai cookies dan ada yang mengatakan ia sebagai kek. Ia terletak di tengah-tengah antara cookies dan juga kek kerana teksturnya. Ada brownies yang teksturnya rapuh seperti cookies dan ada yang lembap dan gebu seperti kek. 
.
.
Kaedah membuat brownies juga terbahagi kepada dua iaitu foaming method (membuih) dan all in method (kacau terus).
.
.
Now dah jelas kan 😉